Blog Widget by LinkWithin

Majlis Jamuan Berbuka Puasa 2015

>> Khamis, 2 Julai 2015

Satu jamuan majlis berbuka puasa telah diadakan oleh pihak pengurusan masjid Kampung Jabi pada petang semalam bagi meraikan staff sekolah dan penghuni Asrama Desa Sekolah Kebangsaan Jabi. Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran penduduk setempat yang tinggal berhampiran. 

Majlis ini dimulakan dengan aktiviti merewang beramai-ramai dan bergotong-royong menyediakan juadah berbuka diikuti bacaan tahlil ringkas yang dipimpin oleh Ustaz Ismail Mohd Saad selaku Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Jabi. Setelah menunaikan solat maghrib secara berjamaah dan menikmati hidangan nasi arab dan pelbagai juadah yang lain para hadirin menunaikan solat Isya' dan solat tarawih yang diimamkan oleh Ustaz Azizan Mohd Noor.

Majlis ini telah berjaya mencapai objektifnya yang utama iaitu untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim selain menjadi platform untuk para waris berbincang mengenai pelajaran dan prestasi anak-anak mereka. Justeru usaha murni yang sebegini sewajarnya diteruskan pada masa-masa akan datang.

~gambar sekitar majlis akan menyusul~

0 ulasan:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP