Blog Widget by LinkWithin

SK Jabi Dilanda Banjir Lumpur

>> Isnin, 7 Mei 2012

Awal pagi ini SK Jabi dikejutkan dengan banjir lumpur ekoran hujan lebat dan ribut petir sejak pukul 2.00 pagi semalam. Dimaklumkan bahawa inilah julung-julung kalinya SK Jabi dilanda banjir lumpur yang sebegini teruk sehingga memaksa keringat daripada pihak bomba, warga sekolah dan para waris bagi membersihkan lumpur dan menyelamatkan peralatan sekolah daripada rosak dan ditenggelami air. Berikutan itu semua murid Tahun 1 hingga Tahun 5 diberi kelepasan daripada mengikuti sesi pembelajaran di sekolah manakala murid-murid Tahun 6 meneruskan pembelajaran seperti biasa. Kepada semua pihak yang membantu terima kasih diucapkan.

Kelihatan anggota bomba sedang membersihkan kafeteria sekolah

Kawasan dalam dan luar kelas sedang dibersihkan

Bilik pemulihan digenangi air

Air yang memasuki kelas RESOS menyebabkan banyak peralatan yang rosak

Anggota bomba dan waris bertungkus lumus menimba air yang bertakung di kelas RESOS

Bangunan makmal ICT dan peralatan sedang dibersihkan

Anggota bomba sedang membersihkan lumpur yang memenuhi dataran kejat sekolah



Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP