Blog Widget by LinkWithin

Guru Bertukar & Guru Baru SK Jabi 2010

>> Sabtu, 26 Disember 2009

Tahniah diucapkan kepada Puan Norhayati binti Abd. Halim kerana dapat bertukar ke kampung halaman di Pahang dan juga kepada Encik Mohamad Arif bin Samad yang akan menjalani praktikum di SK Pokok Sena. Kedua-duanya merupakan guru RESOS (Pendidikan Khas Masalah Penglihatan). Jasa kalian berdua sepanjang tempoh berkhidmat di SK Jabi pasti akan sentiasa dikenang sampai bila-bila.

Kepada Puan Che Norlia binti Kassim (SK Lengkuas) selamat menjalankan tugas di tempat baru, SK Jabi dan diharapkan dengan kehadiran puan dapat mempertingkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini.

Read more...

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431...

>> Khamis, 17 Disember 2009

Read more...

Kalendar Persekolahan 2010

>> Rabu, 9 Disember 2009

Read more...

Hari Mula Peperiksaan Akhir Tahun 2009

>> Ahad, 25 Oktober 2009

Kelihatan murid-murid Tahun 4 sedang menjalani ujian Pendidikan Seni Visual pada hari pertama Peperiksaan Akhir Tahun dijalankan.

Read more...

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Sesi Pagi
Sesi Petang


RESOS Tahap 1


RESOS Tahap 2


Catatan :
1. Guru Pengawas Peperiksaan bertugas mengikut jadual waktu semasa.
2. Markah ujian hendaklah dihantar kepada Setiausaha / Penolong Setiausaha Peperiksaan pada atau sebelum 5 November 2009.
3. Buku Rekod Profil Murid dan buku PLBS hendaklah diserahkan di pejabat pada atau sebelum 11 November 2009.
4. Hari Anugerah Cemerlang (HAC) akan diadakan pada 12 November 2009.

Read more...

Ujian Pencapaian Jawi Enam Bulan Kedua Bermula

>> Rabu, 14 Oktober 2009

Bermula hari ini murid-murid pelaksanaan program j-QAF SK Jabi akan menduduki Ujian Pencapaian Jawi Enam Bulan Kedua dan dijangka berakhir pada esok hari. Ujian ini diadakan lebih awal daripada peperiksaan akhir tahun bagi memudahkan proses memeriksa kertas dan pengisian data sebelum dihantar ke PPD. Kepada murid-murid yang menduduki ujian "Selamat Berjaya".

Read more...

Peluang Memasuki Ke Tingkatan Satu Tahun 2010 Di Sekolah-Sekolah Menengah Agama Di Negeri Kedah

>> Isnin, 12 Oktober 2009

Bagi murid-murid Tahun Enam yang telah menduduki peperiksaan UPSR dan berminat untuk memasuki ke Tingkatan Satu di sekolah-sekolah menengah agama di negeri Kedah pada tahun hadapan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan ke :

Maktab Mahmud
1. Syarat mengambil borang :
  • Maktab Mahmud Alor Setar : Lulus minima 4A 1B atau 48 mata
  • Maktab Mahmud Yan, Maktab Mahmud Pokok Sena dan Maktab Mahmud Pendang : Lulus minima 3A 2B atau 46 mata
  • Bagi Maktab Mahmud daerah Langkawi, Padang Terap, Sik, Merbok, Kuala Muda, Baling, Kulim, Bandar Baharu : Lulus sekurang-kurangnya 34 mata
  • Perkiraan mata adalah seperti berikut : A = 10 mata, B = 8 mata, C = 6 mata dan D = 4 mata
2. Kelayakan masuk :
  • Menggunakan keputusan peperiksaan UPSR
  • Lulus ujian bertulis Maktab Mahmud
  • Lulus UPSR berdasarkan syarat yang ditetapkan ketika mengambil borang
  • Boleh membaca Al Quran
  • Bergantung kepada kekosongan tempat belajar
3. Borang permohonan berharga RM 8.00 boleh dibeli di Maktab Mahmud Alor Setar atau di mana-mana cawangan Maktab Mahmud dan dihantar pada atau sebelum 15 Oktober 2009. Pembelian secara pos juga dibenarkan iaitu dengan menghantar sampul surat berukuran 32 cm x 10 cm, beralamat sendiri, bersetem 50 sen beserta wang pos bernilai RM8.00 atas nama "Pengetua Maktab Mahmud"

4. Setiap permohonan mestilah disertakan bersama satu salinan sah keputusan percubaan UPSR dan salinan surat beranak pemohon yang telah disahkan.

5. Ujian bertulis akan diadakan pada 14 November 2009 hari Sabtu dari jam 9.00 hingga 11.00 pagi.

6. Calon dikehendaki berpakaian seragam sekolah, membawa slip memasuki ujian berwarna biru dan alat tulis pada hari ujian.

7. Keputusan peperiksaan ini akan diumumkan pada 16 Disember 2009.


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Negeri Kedah (SMKA)
1. Syarat kemasukan :
  • memperolehi sekurang-kurangnya 4A 1B dalam peperiksaan UPSR tahun 2009
2. Borang permohonan yang lengkap diisi serta salinan keputusan UPSR yang telah disahkan dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan hendaklah dibawa bersama pemohon ketika menghadiri ujian kelayakan dan diserahkan kepada urusetia peperiksaan pada hari tersebut.

3. Ujian kelayakan akan diadakan pada 2 Disember 2009 (Rabu) jam 9.00 pagi di pusat-pusat yang telah ditetapkan mengikut daerah masing-masing.

Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan (SABK)
1. Syarat kemasukan :
  • Warganegara Malaysia
  • LULUS peperiksaan UPSR tahun 2009
  • Boleh membaca Al Quran
  • Lulus Ujian Khas Kelayakan Kemasukan
2. Borang yang telah siap diisi hendaklah dihantar ke sekolah yang hendak dipohon pada atau sebelum 12.00 tengahari 30 November 2009 dan disertakan salinan yang disahkan oleh guru besar sekolah pemohon iaitu keputusan UPSR, sijil berkaitan dan kad pengenalan

3. Sila bawa bersama pensil 2B dan alat tulis semasa hari ujian yang akan diadakan pada 5 Disember 2009. Calon dikehendaki berpakaian lengkap uniform sekolah pada hari ujian.


Read more...

Majlis Pelancaran Protim Tahun Enam SK Jabi

>> Jumaat, 9 Oktober 2009

Pada 7 Oktober yang lepas satu majlis pelancaran Protim untuk murid-murid Tahun Enam telah selamat disempurnakan oleh Puan Rosani binti Haji Besar selaku Guru Besar SK Jabi. Protim adalah satu program yang diperkenalkan bagi membantu dan memulihkan murid-murid Tahun Enam yang masih belum dapat membaca dan mengira dengan baik dan juga sebagai langkah persediaan sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah. Diharap murid-murid yang terlibat dapat menggunakan peluang ini dengan sebaiknya bagi memastikan mereka dapat menguasai aspek 3M dengan baik.

Read more...

Kem Aqil Baliqh Tahun Enam SK Jabi



4- 6 Oktober - Selama tiga hari berturut-turut murid-murid beragama Islam SK Jabi telah mengikuti satu program yang dikenali sebagai Kem Aqil Baliqh bertempat di dewan sementara SK Jabi. Program ini adalah lanjutan daripada Tamrin Pra Remaja dan Amali Fardhu Ain yang telah diadakan pada bulan Mac yang lepas selain bagi memenuhi kehendak daripada Sektor Pendidikan Islam, JPN Negeri Kedah yang mahukan setiap sekolah mengadakan kem sebegini bagi murid-murid Tahun Enam yang telah menduduki peperiksaan UPSR.

Antara pengisian kem pada kali ini ialah tayangan LCD dan penerangan mengenai pembahagian najis dan cara menyucikannya, mandi wajib, wudhuk, tayammum, solat fardhu, adab menziarahi pesakit dan orang mati dan solat jenazah. Bagi mengukuhkan lagi kefahaman murid, murid-murid telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil (LDK) dan menjalani latihan amali. Pengisian-pengisian ini telah disampaikan dengan jayanya oleh Encik Ahmad bin Hassan, Puan Rusyipah binti Nayan, Puan Rodziah binti Yaakob dan Puan Rogayah binti Ismail serta dibantu oleh guru-guru akademik yang lain. Terima kasih kepada yang terlibat.

Read more...

Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Jabi

Tarikh : 1 Oktober 2009
Hari : Khamis
Tempat : Kafeteria SK Jabi
Aktiviti : gotong-royong menyediakan juadah dan makanan, persembahan murid, aktiviti mewarna dan jamuan makan.


Read more...

Rangkuman Peristiwa Di SK Jabi

>> Isnin, 28 September 2009

Peristiwa 1 : Majlis Mohon Restu Calon UPSR 2009

7 September - Satu majlis memohon restu oleh calon-calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR telah diadakan bertempat di kafeteria SK Jabi. Majlis ini bukan sahaja dihadiri oleh murid-murid dan guru-guru Tahun Enam malah turut dihadiri oleh para pentadbir dan guru-guru sesi pagi dan sesi petang. Kami mendoakan agar semua calon UPSR pada tahun ini akan beroleh keputusan cemerlang yang dijangka diumumkan pada pertengahan bulan November nanti.

Peristiwa 2 : Peperiksaan UPSR 2009
Justify Full8 - 9 September - Selama tiga hari berturut seramai 104 orang calon UPSR termasuk seorang murid RESOS (masalah penglihatan) menduduki peperiksaan UPSR dalam "suasana baru" apabila semua calon dikehendaki memakai penutup mulut bagi membendung penularan wabak H1N1 yang masih belum menunjukkan tanda reda. Buat pertama kali juga pada tahun ini satu ujian khas yang dikenali sebagai Ujian Aptitud diperkenalkan bagi menguji dan menyaring calon-calon yang berkelayakan untuk ditempatkan di sekolah-sekolah berasrama penuh.

Peristiwa 3 : Kem Bestari Solat Khas Ramadhan
1 - 16 September - Bagi memastikan murid-murid Tahap Satu dapat menunaikan solat dengan betul dan sempurna Kem Bestari Solat telah dijalankan pada setiap hari sepanjang bulan Ramadhan yang lepas. Kem pada kali ini lebih menitikberatkan amali wudhuk dan solat secara berjamaah yang diimami oleh murid sendiri. Secara keseluruhannya kem ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan walau pun terdapat segelintir murid yang masih belum dapat menguasai bacaan tahiyyat akhir dengan baik.

Peristiwa 4 : Majlis Tadarrus Al Quran Ramadhan
1 - 16 September - Sudah menjadi tradisi bagi SK Jabi apabila tibanya Ramadhan program Tadarrus Al Quran menjadi kemestian untuk dilaksanakan. Seperti biasa program tadarrus Al Quran pada tahun ini telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan tadarrus Al Quran murid-murid lelaki, kumpulan tadarrus Al Quran murid-murid perempuan dan kumpulan tadarrus Al Quran Juzuk Amma bagi murid-murid yang belum mahir membaca Al Quran. Peserta-peserta program tadarrus Al Quran pada tahun ini kebanyakkannya dikuasai oleh murid-murid pelaksanaan program j-QAF manakala kualiti bacaan Al Quran pula adalah lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Peristiwa 5 : Majlis Khatam Al Quran dan Pemberian Duit Raya
17 September - Majlis Khatam Al Quran yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad bin Hassan telah berlangsung dengan jayanya dengan murid-murid yang terlibat dengan program tadarus dan khatam Al Quran ini telah diraikan dengan pemberian hadiah dan cenderamata. Majlis diteruskan dengan sesi bermaafan antara guru dan murid dan diakhiri dengan pemberian duit raya kepada semua murid SK Jabi.

Kami Seluruh Warga SK Jabi mengucapkan...




Read more...

Berita

>> Selasa, 8 September 2009

Akan menyusul sedikit masa lagi. Harap maaf..

Read more...

Adik Siti Salmiah Cemerlang Lagi

>> Ahad, 5 Julai 2009


Kejayaan demi kejayaan telah ditempa oleh adik Siti Salmiah dan baru-baru ini bertempat di Universiti Utara Malaysia (UUM) adik Siti Salmiah yang mewakili kontinjen negeri Kedah sekali lagi membuktikan kemampuan dan kecemerlangan diri apabila menjuarai tiga acara serentak iaitu tilawah Al Quran, hafazan Al Quran dan nasyid dalam Majlis Tilawah Al Quran (MTQ) Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan. Diharapkan agar kejayaan adik Siti Salmiah ini dapat menjadi pendorong dan pembakar semangat khasnya kepada murid-murid SK Jabi untuk mencipta kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Tahniah diucapkan.

Read more...

Kem Bestari Solat (KBS) Perdana 2


Unit j-QAF sekali lagi mengadakan Kem Bestari Solat (KBS) pada 27 Jun yang lalu. Seramai 275 orang murid daripada Tahun 1 hingga Tahun 4 menghadiri kem pada kali ini yang turut dibantu oleh guru-guru SK Jabi. KBS pada kali ini masih memberi penekanan kepada amali wudhuk dan amali solat (bacaan dan perlakuan). Hasil yang diperolehi sepanjang pelaksanaan kem ini amatlah memberansangkan dan boleh dipertingkatkan lagi pada masa-masa akan datang.

Read more...

Iktibar Dari Penjara Pokok Sena

>> Selasa, 30 Jun 2009


Cerita penuh iktibar ini diambil daripada salah seorang pegawai Penjara Pokok Sena dalam satu sesi lawatan sambil belajar yang diadakan pada 25 Jun yang lepas. Kisah bermula apabila seorang banduan India beragama Hindu memeluk Islam 5 bulan sebelum beliau mati di tali gantung. Apabila ditanya sebab beliau memeluk agama Islam, beliau menjawab bahawa beliau berasa tenang setiap kali terdengar alunan orang membaca Al Quran.

Sepanjang tempoh 5 bulan bergelar muallaf beliau berjaya membaca Al Quran dengan baik malah lebih daripada itu beliau telah dapat menghafaz Al Quran. Subhanallah. Diceritakan juga malam sebelum hukuman gantung dijalankan beliau dapat tidur dengan nyenyak sekali seolah tiada apa-apa yang akan berlaku sedangkan para algojo dan pegawai penjara yang terlibat dengan pelaksanaan hukuman gantung itu tidak dapat melelapkan mata.

Kuasa Allah mengatasi segala. Satu lagi keajaiban berlaku apabila sejurus hukuman dijalankan bilik hukuman gantung itu dipenuhi dengan haruman wangi yang entah datang daripada mana. Hal ini amat memeranjatkan dan memberi keinsafan kepada pegawai penjara dan perubatan yang hadir. Jika direnung sejenak banyak sungguh iktibar yang boleh diambil daripada cerita ini. Kepada guru, murid, pelajar malah sesiapa jua yang membaca entry ini - fikir-fikirkanlah. Kami mendoakan agar roh banduan mulia ini ditempatkan bersama para solohin dan siddiqin. Al Fatihah.

Read more...

Lawatan Ke Penjara Pokok Sena


Pada 25 Jun yang lalu Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) dan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SK Jabi telah mengadakan satu siri lawatan sambil belajar ke Penjara Pokok Sena sempena Hari Bertemu Pelanggan, Jabatan Penjara Pokok Sena yang berlangsung selama 3 hari berturut-turut. Lawatan ini telah disertai oleh 39 orang murid bersama-sama dengan 2 orang guru pengiring iaitu Puan Rusyipah Binti Nanyan dan Encik Ahmad Bin Hassan serta Puan Syarifah Norazlifah Binti Nordin; Pembantu Tadbir Rendah SK Jabi.

Antara aktiviti yang sempat dilakukan sepanjang lawatan ini ialah mengikuti pameran daripada Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Bomba Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), KEMAS, mengikuti slot-slot ceramah yang dianjurkan oleh jabatan penjara dan sebagainya. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Penjara Pokok Sena kerana memberi kerjasama dan layanan yang baik. Semoga lawatan ini dapat memberi input yang berguna kepada semua murid SK Jabi yang terlibat.

Read more...

Kem Bestari Solat (KBS) Perdana

>> Jumaat, 26 Jun 2009


Pada 19 Jun yang lepas Unit j-QAF SK Jabi telah mengadakan Kem Bestari Solat Perdana yang melibatkan keseluruhan murid pelaksanaan program j-QAF dari Tahun 1 hingga Tahun 4. Selain daripada guru-guru j-QAF, program ini turut dibantu oleh guru-guru Pendidikan Islam, guru-guru KAFA dan beberapa orang penuntut Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Memandangkan bilangan kelas yang terhad pihak sekolah telah memohon kebenaran pihak masjid (yang bersebelahan dengan sekolah) untuk menggunakan kemudahan yang ada bagi tujuan murni ini. Antara modul-modul KBS pada kali ini ialah amali wudhuk, amali solat, tayangan LCD dan LDK. Unit j-QAF mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung mahu pun tidak langsung. KBS siri berikutnya akan diadakan pada 27 Jun akan datang.

Read more...

Santai Minda : Waktu Sekolah & Cuti Sekolah

>> Selasa, 2 Jun 2009

Read more...

Download Format Laporan Pencapaian j-QAF 2009 Versi 9.3 (e-Pelaporan)

>> Isnin, 25 Mei 2009

Sumber daripada http://jqafmelaka.blogspot.com

Read more...

Peperiksaan Pertengahan Tahun SK Jabi Bermula


Mulai 24 hingga 28 Mei murid-murid SK Jabi akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun bagi mengukur penguasaan dan pencapaian mereka terhadap topik-topik yang telah dipelajari. Unit ICT SK Jabi mengucapkan selamat menempuh peperiksaan kepada semua murid dan semoga berjaya.

Read more...

Santai Minda : Garam dan Burger

>> Selasa, 19 Mei 2009

Read more...

LDP : Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Komputer Grafik Adobe Photoshop Siri Pertama

.::Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas::.

Pada 16 Mei yang lepas telah diadakan Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual Komputer Grafik Adobe Photoshop siri yang pertama. Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Zakariah Bin Abd. Ghani; pensyarah di Jabatan Pendidikan Seni Visual, Institut Perguruan Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim. Kursus pada kali ini antara lain memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara-cara untuk menukar warna imej, memasukkan teks dan menyunting imej. Siri kedua kursus ini akan diadakan pada 23 Mei akan datang.

Read more...

Sekitar Majlis Sambutan Hari Guru SK Jabi

>> Ahad, 17 Mei 2009

Hari ini telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Jabi. Pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan guru, murid dan waris telah diadakan. Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil sepanjang aktiviti berlangsung.

Gambar A : Encik Ahmad Bin Hassan sedang memimpin bacaan tahlil ringkas
Gambar B : Bacaan perutusan Menteri Pelajaran oleh Encik Helmi Bin Mohamad
Gambar C : Persembahan deklamasi sajak oleh Adik Rahimah Binti Ahmad
Gambar D : Bacaan ikrar yang diketuai oleh Encik Ahmad Bin Din

Gambar E : Guru-guru sedang menyanyikan lagu tema hari guru
Gambar F : Sumbangan kek daripada wakil PIBG
Gambar G : Majlis pemberian cenderahati oleh murid
Gambar H : Sukaneka (kategori lelaki)

Gambar I : Sukaneka (kategori lelaki)
Gambar J : Sukaneka (kategori perempuan)
Gambar K : Sukaneka (kategori perempuan)
Gambar L : Persembahan nasyid oleh murid-murid

Read more...

Belajar Format Laptop

>> Jumaat, 15 Mei 2009

Tak tahu nak format laptop? Mungkin sebelum ini, anda sering menghantar laptop ke kedai untuk diformat. Namun setelah anda membaca panduan ini, anda boleh lakukannya sendiri tanpa perlu menghabiskan duit untuk membayar kos format laptop di kedai. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk menjaga dan memastikan kesihatan laptop sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Untuk mendownload sila klik kanan, pilih Save Link As dan klik Save

.::Download di sini::.

Read more...

Aktiviti Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SK Jabi 2009

>> Khamis, 14 Mei 2009

AKTIVITI PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) SK JABI 2009

  1. Pelancaran Bulan PPDa (telah dilaksanakan)
  2. Pertandingan mewarna poster anti dadah (telah dilaksanakan)
  3. Pertandingan buku skrap anti dadah (telah dilaksanakan)
  4. Pertandingan kuiz anti dadah (telah dilaksanakan)
  5. Pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) (telah dilaksanakan)
  6. Ceramah anti dadah (Jun/Julai)
  7. Perkhemahan anti dadah (Jun)
  8. Tayangan perdana anti dadah (Jun)
  9. Lawatan sambil belajar ke Penjara Pokok Sena (Ogos)

Read more...

Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SK Jabi 2009

JAWATANKUASA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) SK JABI 2009

Penasihat
Puan Hajah Rosani Binti Haji Besar (Guru Besar)
Puan Rahani Binti Mansur (Penolong Kanan Kurikulum)

Pengerusi
Puan Hajah Rohana Binti Luxamana (Penolong Kanan HEM)

N. Pengerusi
Encik Che Hashim Bin Hanafi (Penolong Kanan Kokurikulum)

Setiausaha
Encik Ahmad Bin Hassan

Penolong Setiausaha
Puan Faridah Binti Aziz

Penyelaras Pengurusan dan Kepimpinan
Encik Ahmad Bin Hassan

Penyelaras Aktiviti Kokurikulum
Encik Ahmad Bin Din

Setiausaha Penyelaras Kokurikulum
Encik Zolkifli Bin Mohamad

Penyelaras Pembentukan Sahsiah
Puan Faridah Binti Aziz
Encik Ayob Bin Mat Isa

Ahli Jawatankuasa
Wakil Pegawai Balai Polis Langgar
Encik Zalan Bin Arshad (YDP PIBG SK Jabi)

Read more...

Soalan Lazim PTK 1

>> Selasa, 12 Mei 2009

Kepada bakal-bakal calon PTK 1 berikut adalah contoh-contoh soalan yang biasa ditanya. Diharap info berguna ini dapat membantu anda. Selamat berjaya...


A) KATEGORI: PINJAMAN / PEMBIAYAAN KENDERAAN

1) Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan lebih awal pinjaman kenderaan?
i) Untuk menyelesaikan lebih awal pinjaman kenderaan, peminjam hendaklah mengemukakan permohonan ke Bahagian Kewangan dengan memberi maklumat seperti berikut :-
a. Nama Penuh Peminjam
b. Kad Pengenalan Baru
c. No. Telefon dan No. Faks Pejabat / Sekolah

ii) Peminjam dikehendaki membuat pembayaran baki pinjaman di mana-mana cawangan BSN/BCB setelah mendapat jumlah baki pinjaman di bank-bank berkenaan.

2) Bagaimanakah cara untuk mendapatkan Surat Pelepasan Hakmilik Kerajaan setelah selesai pembayaran pinjaman?
i) Peminjam dikehendaki mengemukakan surat permohonan dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut:-
a. Satu salinan Surat Pelepasan Ikata Peminjam daripada BSN / BCB.
b. Satu salinan Kad Pendaftaran Kenderanaan yang diakui sah.
c. Alamat JPJ yang mendaftarkan kenderaan berkenaan.

ii) Bahagian Kewangan akan mengeluarkan Surat Pelepasan Hakmilik Dituntut Oleh Kerajaan atas nama Pengarah JPJ yang berkaitan dan disalinkan kepada Ketua Jabatan Peminjam bagi pemberhentian potongan kenderaan.

3) Adakah seseorang pegawai kerajaan yang tidak mempunyai lesen memandu layak memohon pinjaman kenderaan?
Pegawai yang tidak mempunyai lesen memandu tidak layak untuk memohon pinjaman kenderaan.


B - PERAKAUNAN (BERKOMPUTER)
1) Bagaimanakah cara untuk mewujudkan dan meminda kod aktiviti dalam Akaun Pukal ?
Pemohon perlu melengkapkan borang Kew 310 sebanyak 3 salinan yang dialamatkan kepada agensi berkenaan melalui Bahagian Kewangan. Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada Unit Komputer, Bahagian Kewangan untuk semakan dan tindakan selanjutnya.

Untuk meminda Akaun Pukal, pemohon perlu melengkapkan borang kew 311 sebanyak 3 salinan yang dialamatkan kepada Agensi berkenaan melalui Bahagian Kewangan. Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada Unit Komputer, Bahagian Kewangan untuk semakan dan tindakan selanjutnya.

2) Bagaimanakah cara mewujud, meminda dan membatal butir-butir pusat pembayar di dalam Sistem Gaji Berkomputer?
Untuk mewujud, meminda dan membatal butir-butir pusat pembayar di dalam Sistem Gaji Berkomputer, pemohon perlu melengkapkan borang SG10. Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada Unit Gaji, Bahagian Kewangan untuk semakan sebelum diserahkan kepada Unit Komputer.

3) Bilakah laporan-laporan bulanan (flimsi) diedarkan kepada PTJ ?
Laporan bulanan (flimsi) akan diedarkan kepada PTJ pada 5hb bulan berikutnya. PTJ boleh mengambil Laporan Bulanan masing-masing dari Unit Komputer yang diletakkan di 'pigeon hole' di dalam Bilik Flimsi.

4) Adakah PTJ boleh mengetahui baki kemaskini Vot di dalam Sistem BAS pada sesuatu masa?
PTJ boleh mengetahui baki kemaskini Vot di dalam Sistem BAS pada sesuatu masa. PTJ perlu menyatakan kod PTJ, Kod Aktiviti dan Kod Objek Am untuk semakan di dalam Sistem BAS.

5) Bagaimanakah hendak mendapatkan status baucar bayaran Manual @ eSPKB?
Untuk mendapatkan status baucar, waran atau sebainya setiap pemohon hendaklah mengemukakan nombor baucer @ kelompok diikuti dengan nombor PTJ.



C - PEMBIAYAAN KOMPUTER, ELAUN & KELULUSAN KHAS

1) Bilakah permohonan pendahuluan diri perjalanan perlu dikemukakan ke Bahagian Kewangan?

Permohonan pendahuluan diri perjalanan perlu dikemukakan ke Bahagian Kewangan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum pegawai tersebut bertolak.

2) Sekiranya seseorang pegawai belum menyelesaikan pendahuluan diri perjalanan, adakah layak untuk membuat permohonan baru?
Pegawai berkaitan perlu menyelesaikan pendahuluan diri perjalanan yang terdahulu sebelum membuat permohonan baru.

3) Berapakah kadar pendahuluan diri perjalanan bagi pegawai yang bertugas dalam atau luar negeri?
Kadar bagi pendahuluan diri perjalanan boleh dipertimbangkan ialah 100% bagi luar negeri dan 90% di dalam negeri.

4) Bolehkah dibuat pertukaran model komputer setelah pinjaman diluluskan?
Sekiranya ingin dibuat pertukaran model komputer, peminjam hendaklah mengemukakan surat alasan dan sertakan satu sebutharga yang baru melalui Ketua Jabatan ke Bahagian Kewangan.

5) Adakah pinjaman komputer memerlukan penjamin?
Peminjam yang belum disahkan dalam jawatan memerlukan seorang penjamin di kalangan pegawai yang telah disahkan jawatan.

6) Berapa lamakah proses permohonan komputer dapat diluluskan?
Permohonan dapat diluluskan dalam tempoh 10 hari bekerja.

7) Bagaimanakah cara mendapatkan bayaran balik terlebih bayar?
Peminjam hendaklah memaklumkan kepada Bahagian Kewangan secara rasmi dengan menyatakan tarikh yang sepatutnya ditamatkan dan sertakan salinan slip gaji yang berkaitan. Bahagian Kewangan akan membuat penyelarasan.



D - PAKEJ DAN PENDAHULUAN DIRI

1) Bilakah permohonan pakej perlu dikemukakan di Bahagian Kewangan?
Dua minggu sebelum tarikh program tersebut dijalankan.

2) Berapakah jumlah peserta yang boleh diadakan sesuatu pakej?
Pakej boleh diadakan sekurang-kurangnya mempunyai 15 orang peserta.

3) Bolehkah pakej dilaksanakan di luar daripada zon?
Bahagian Kewangan boleh mempertimbangkan permohonan mengadakan pakej di luar zon sekiranya majority peserta-peserta berada di zon berkenaan atau pengangkutan darat disediakan oleh pihak penganjur.

4) Adakah Jabatan atau Bahagian boleh melantik menggunakan khidmat penceramah atau perunding?
Sekiranya Jabatan atau Bahagian ingin mendapatkan penceramah atau perunding hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Bahagian Kewangan.



E - HASIL & KAWALAN

1) Selain daripada pembayaran secara tunai bagi Hasil Persekutuan, apakah bentuk-bentuk pembayaran yang lain?

Pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan kiriman wang, wang pos, cek dan bankdraft atas nama 'Ketua Akauntan, Kementerian Pelajaran Malaysia'.

2) Bagaimanakah cara untuk membayar balik tunggakan Lebihan Bayaran Gaji dan Elaun? Terdapat 4 cara iaitu :-
a. Bayaran sekaligus jumlah lebihan dalam satu terimaan.
b. Bayaran secara ansuran yang tidak melebihi enam (6) bulan.
c. Bayaran melalui potongan gaji yang tidak melebihi enam (6) bulan.
d. Bayaran melalui Pendahuluan Diri bagi tempoh tidak melebihi 18 bulan.

3) Bagaimanakah proses permohonan pembayaran di bawah Pendahuluan Diri AP59?
Sekiranya pembayaran di bawah Pendahuluan Diri AP59 telah diputuskan oleh Perbendaharaan Malaysia, Jabatan yang terlibat perlulah mengisi Borang Pendahuluan Diri (Kew.106) atas nama pegawai yang bertanggungjawab dan sertakan dokuman-dokumen berkaitan dan dikemukakan ke Bahagian Kewangan untuk mendapatkan kelulusan Perbendaharaan.



F - PENGURUSAN STOR & ASET

1) Siapakah yang diberi kuasa meluluskan permohonan pelupusan?
a) Permohonan pelupusan bagi nilai perolehan asal tidak melebihi RM 50,000 seunit atau RM500,000 secara aggregat diluluskan oleh Ketua Jabatan / Bahagian serta Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri.

b) Permohonan pelupusan bagi nilai perolehan asal yang melebihi RM 50,000 seunit atau RM 500,000 secara aggregat diluluskan oleh Perbendaharaan.

2) Bagaimanakah hendak melupuskan barang-barang yang bernilai lebih daripada RM 50,000?
Permohonan bagi barang yang melebihi RM50,000 seunit atau RM500,000 secara aggregat hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Kewangan untuk dipanjangkan kepada Perbendaharaan.

3) Berapakah nilai barang yang diperlukan untuk pelupusan melalui Lembaga Pemeriksa?
Nilai perolehan asal melebihi RM20,000 seunit atau melebihi RM300,000 secara aggregat iaitu dengan menggunakan borang Laporan Lembaga Pemeriksa (Kew300-V).

4) Siapakah yang boleh melantik Ahli Lembaga Pemeriksa?
Ketua PTJ hendaklah melantik Ahli Lembaga Pemeriksa yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 orang iaitu seorang pengerusi daripada Kumpulan A dan ahlinya terdiri daripada Kumpulan A atau B. Ahli Lembaga Pemeriksa ini hendaklah tidak mempunyai kaitan dengan pengurusan barang-barang yang hendak dilupuskan bagi membuat pemeriksaan ke atas barang-barang tersebut.

5) Tugas-tugas Lembaga Pemeriksa?
a. Memeriksa aset dan barang yang hendak dilupuskan;
b. Menyediakan Laporan Lembaga Pemeriksa dengan menggunakan Borang Kew-300 V;
c. Mengesyorkan cara-cara pelupusan yang sesuai.

6) Kaedah pelupusan?
a) Secara jualana. Tenderb. Sebut hargalelongc. Tukar beli (trade in)d. Kontrak pusat
b) Pindahan
c) Hadiah
d) Tanam / Bakar / Buang / Tenggelam / Lebur

7) Prosedur pelupusan secara pindah?
Pelupusan secara pindah hanya boleh dilaksanakan di antara Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Pindahan antara Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Pindahan daripada Jabatan Persekutuan kepada Jabatan-jabatan Negeri tidak boleh dilaksanakan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Sebarang pindahan hendaklah berasaskan permohonan bertulis daripada Jabatan yang memerlukan aset & barang yang berkenaan. Semasa melaksanakan pindahan segala rekod aset & barang hendaklah diserahkan kepada Jabatan penerima.

Jabatan yang menerima aset & barang secara pindahan hendaklah meneruskan penyenggaraan daftar harta modal atau inventori atau daftar stok bekalan pejabat.

Aset & barang yang diterima secara pindahan hendaklah dilupuskan apabila perlu mengikut tatacara pelupusan yang sedia ada.

8) Prosedur bagi pelupusan secara hadiah?
Pelupusan secara hadiah boleh dilaksanakan di antara Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan dan mana-mana organisasi, agensi, pertubuhan sukarela atau badan-badan lain yang dianjurkan dan diiktiraf oleh kerajaan.

Semua pelupusan secara hadiah hendaklah dirujuk untuk kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Cadangan pelupusan secara hadiah hendaklah disokong dengan surat permohonan daripada Jabatan, organisasi, agensi, pertubuhan sukarela dan badan-badan yang berkenaan.

9) Siapakah yang boleh mengeluarkan Sijil Tidak Ekonomik Dibaiki (TEB)?
a) Pegawai yang berkelayakan dalam bidang-bidang tertentu. (Jurutera Jentera, Jurutera Mekanikal, Jurutera Elektrik);
b) Pembekal atau ejen pembekal;
c) Syarikat yang menyelenggara set;
d) Rekod penyelenggaraan di Kew 312 (jika ada masalah memperolehi sijil TEB);
e) Pegawai yang mengeluarkan Sijil TEB hendaklah tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan / pengendalian aset;

Laporan pemeriksaan firma juga boleh diterima dalam keadaan tertentu.

10) Aset / barang yang memerlukan Sijil TEB apabila hendak dilupuskan?
a) Loji
b) Kenderaan Bermotor
c) Jentera- Mesin / Peralatan Mekanikal

11) Akaun mana yang hendak dimasukkan hasil daripada pelupusan tersebut?
Hasil daripada pelupusan tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam akaun hasil kerajaan. Kodnya ialah 73301.

12) Tindakan yang perlu dilakukan oleh Pengurus Sekolah selepas kelulusan diperolehi?
Pengurus hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen beriktu ke Bahagian Kewangan sebanyak satu salinan :
a) Borang Kew 300-V yang telah diluluskan;
b) Sijil saksi Pelupusan;- Sijil Pelupusan Barang-barang (Kew 300-x);
c) Resit jualan (jika berkenaan).

13) Bagaimanakah hendak melupuskan bahan-bahan kimia?
Hendaklah merujuk kepada dan mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Kimia untuk syor pelupusan.

14) Bagaimanakah cara untuk melupuskan rekod-rekod Kewangan?
Lengkapkan Jadual Tempoh Simpanan Untuk Dokumen Kewangan yang menyenaraikan dokumen Kewangan yang hendak dilupuskan.

Menyedia dan mengemukakan Jadual Tempoh Simpanan Untuk Dokumen untuk mendapatkan pengesahan dan perakuan daripada Ketua Audit Negara, Ketua Pengarah Arkib Negara dan Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah bahawa dokumen Kewangan tersebut hendaklah disalinkan kepada Ketua PTJ.

Pihak Sekolah / Jabatan / Bahagian perlu mendapatkan pengesahan dan perakuan daripada Ketua Audit Negara, Ketua Pengarah Arkib Negara dan Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah. Surat pengesahan dan perakuan berserta dengan Jadual Tempoh Simpanan Untuk Dokumen hendaklah dikemukakan kepada Ketua untuk dipanjangkan ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi mendapatkan kelulusan.



G - (KEHILANGAN) PPSMI

1) Siapakah yang melantik Pegawai Penyiasat bagi kes kehilangan peralatan PPSMI?

Perlantikan Pegawai Penyiasat ini telah dipersetujui oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia. Perlantikan ini adalah selaras dengan Arahan Perbendaharaan 321, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 03/990 dan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 04/2003.

2) Lembaga Penyiasat?
Setiap Lembaga Penyiasat hendaklah dianggotai oleh sekurang-kurangnya 3 orang Pegawai Kumpulan A dan B di Pejabat Pelajaran Daerah / Pejabat Pelajaran Gabungan dan di Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Pengerusi hendaklah terdiri daripada Pegawai Kumpulan A di Pejabat Pelajaran Daerah / Pejabat Pelajaran Gabungan dan di Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Ahli Lembaga Penyiasat hendaklah terdiri daripada pegawai yang tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kehilangan/kecuaian/kecurian peralatan PPSMI tersebut. Bagi Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Labuan, Lembaga Penyiasat tidak boleh terdiri daripada pegawai-pegawai yang menguruskan bekalan peralatan PPSMI.

3) Tugas dan tanggungjawab Lembaga Penyiasat?
- Memeriksa sendiri tempat kejadian.
- Memeriksa rekod.- Mengenalpasti perlanggaran peraturan kewangan.
- Meninjau dan mengenalpasti kelemahan dan kekurangan.
- Melengkapkan Lampiran K sebagai Laporan Akhir (AP 317(a)) dengan mengisi semua butiran, termasuk ulasan dan syor yang sewajarnya seperti surcaj atau tatatertib.
- Mengemukakan Lampiran K (Laporan Akhir) ke Bahagian Kewangan dalam tempoh 4 bulan tarikh laporan awal dikemukakan.

4) Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan untuk kehilangan peralatan PPSMI?
a. Gambar tempat kejadian (kesan umpilan, pecah dan lain-lain).
b. Laporan Jabag/Pengawal Keselamatan.
c. Laporan Akhir Siasatan Polis.
d. Surat Kebenaran Bawa Balik Peralatan.
e. Kad Daftar Harta Modal Kew. 312 dan Kew 315.
f. SAP.
g. SPP.
h. Surat Penerimaan dan Penggunaan.

5) Siapakah yang diberikan kuasa meluluskan pernohonan perlatan PPSMI?
a. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia.Nilai perolehan asal kurang daripada RM50,000.00 seunit atau RM500,000.00 secara aggregat (kecuali akibat daripada kecuaian
atau penyelewengan).

b. PerbendaharaanNilai perolehan asal lebih daripada RM50,000.00 seunit atau RM500,000.00 secara aggregat. (melalui Bahagian Kewangan).

6) Tindakan yang perlu diambil oleh Pengurus Sekolah sekiranya berlaku kehilangan Peralatan PPSMI?
a. Membuat laporan polis.

b. Menyediakan Lampiran J.

c. Kemukakan ke Pejabat Pelajaran Daerah/Pejabat Pelajaran Gabungan, Lampiran J, Laporan Polis, gambar bukti kejadian serta dokumen sokongan seperti berikut:-
- SAP (Sijil Akuan Penerimaan).
- SPP (Sijil Pemasangan dan Pengujian).
- Borang Aku Janji Penerimaan dan Penggunaan.
- Salinan Kad Daftar Kew 312 dan Kew 315.
- Surat Kebenaran Bawa Keluar oleh Ketua Jabatan.
- Laporan Jaga/Pengawal Keselamatan.
- Nama Syarikat kawalan keselamatan.

7) Kriteria-kriteria untuk menentukan bahawa wujudnya kecuaian?
a. Kewajaran & keperluan menggunakan peralatan (ada dokumen sokongan).

b. Kebenaran menyimpan atau membawa pulang peralatan PPSMI (ada surat kebenaran)

c. Kemunasabahan tempat menyimpan peralatan tersebut.

d. Telah membuat Laporan Polis oleh Ketua Jabatan.

e. Berdasarkan Laporan Polis, adakah kehilangan akibat malang.



H - INVENTORI, BEKALAN PEJABAT & HARTA MODAL

1) Barang-barang yang dikategorikan sebagai inventori?

(Kew 313) (PP Bil. 2 Tahun 1991) Inventori adalah barang-barang tak luak yang bernilai kurang dari RM 500.00 setiap satu pada masa perolehan. Walaubagai manapun, barang-barang seperti perabot, permaidani dan langsir serta pinggan mangkuk adalah termasuk dalam kategori inventori tanpa kos.

2) Barang-barang yang dikategorikan sebagai stok bekalan pejabat?
(Kew 314) (PP Bil. 2 Tahun 1991) Stok bekalan pejabat ialah semua barang tak luak dan termasuk alat tulis serta kelengkapan pejabat tak luak yang rendah nilainya dan tidak ekonomik dikesan penempatannya secara satu persatu.

3) Barang-barang yang dikategorikan sebagai stok bekalan pejabat?
Harta modal ialah barang-barang tak luak yang bernilai RM500.00 atau lebih setiap satu pada masa perolehan dan memerlukan penyelenggaraan. Barang ini tak termasuk perabot, permaidani, langsir dan seumpamanya yang diperolehi tanpa kira kos.



I - HAPUSKIRA WANG TUNAI

1) Berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk tindakan hapuskira akaun belum terima?
Tndakan hapuskira bagi akaun belum terima hanya boleh dilakukan selepas 6 tahun berlakunya kes tersebut .

2) Berapakah amaun yang diluluskan oleh Perbendaharaan dan Pegawai Pengawal?
Amaun yang diluluskan oleh Perbendaharaan adalah nilai yang melebihi RM5,000.00 bagi satu akaun. Manakala, Pegawai Pengawal pula meluluskan amaun yang bernilai yang tidak melebihi RM5,000.00 bagi satu akaun.

3) Jenis-jenis Akaun Belum Terima yang boleh dihapuskira?
a. Tunggakan Hasil (Sewa/Yuran/Lebihan Bayaran Gaji)
b. Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman (Kenderaan/Komputer/Pelajaran).
c. Pelbagai (Pendahuluan diri/Tuntutan & denda/Surcaj).



J - AKAUN KEMENTERIAN/ AKAUN AMANAH

1) Dokumen sokongan bagi bayaran balik hasil?
a. Tuntutan sewa rumah kerajaan terlebih potong.
- Salinan sijil akaun keluar kuarters.
- Surat penjelasan dan sokongan dari sekolah dan jabatan.
- Penyata perkiraan tuntutan.
- Salinan penyata gaji dan Laporan R2 sepanjang tempoh tuntutan.

b. Tuntutan pemulangan balik gaji terlebih bayar.
- Surat penjelasan terperinci dari sekolah dan surat sokongan dari jabatan.
- Salinan surat kelulusan atau salinan kew. 8.
- Penyata perkiraan tuntutan.
- Salinan penyata gaji dan Laporan R2 sepanjang tempoh tuntutan.

2) Dokumen sokongan bagi memohon kelulusan di bawah AP 58(a)?
a. Bayaran Emolumen (termasuk elaun-elaun)
- Borang AP58 (a)
- Penyata perkiraan gaji- Kew. 8 yang berkaitan
- Pengesahan elaun belum bayar oleh pejabat lama.

b Bayaran Elaun Lebih Masa (14000)
- Borang AP58 (a)
- Penyata perkiraan tuntutan
- Surat arahan menjalankan kerja lebih masa

c. Bayaran Balik (Termasuk Bayaran Balik Rawatan ) & Bonus (15000)
- Borang AP58 (a)
- Penyata perkiraan bonus
- Pengesahan bonus belum bayar
- Dokumen berkaitan
- Surat kelulusan jabatan berkaitan

d. Tuntutan Perjalanan / Pindah
- Borang AP58 (a)
- Borang tuntutan
- Surat arahan pertukaran

e. Bil-bil syarikat- Borang AP58 (a)
- Bil / Invois- Pesanan tempatan

3) Bagaimanakah menyediakan Penyata Penyesuaian?
a. Dapatkan Laporan Flimsi Vot / Hasil / Amanah.
b. Membuat semakan dan perbandingan.
c. Memperturunkan butiran yang tidak dapat disesuaikan

Sekiranya penyesuaian tidak dapat diselesaikan, PTJ boleh hadir sendiri dengan membawa semua dokumen yang berkaitan.

4) Kepada siapakah permohonan kelulusan AP58 (a) perlu dikemukakan?
PTJ di bawah pejabat pembayar Bahagian Kewangan perlu dikemukakan kepada Bahagian Kewangan (Cawangan Akaun). Manakala lain-lain PTJ bergantung kepada kedudukan kes:

a. Jika peruntukan tahun perbelanjaan dibuat masih mencukupi, kemukakan kepada JAN berkaitan.

b. Jika peruntukan tahun perbelanjaan dibuat sudah habis, kemukakan kepada Cawangan Akaun, Bahagian Kewangan.

c. Jika perbelanjaan melebihi 1 tahun, permohonan dikemukakan kepada Cawangan Akaun, Bahagian Kewangan.

5) Bagaimanakah cara untuk memohon surat 'Pembatalan Hak Milik Dituntut Oleh Kerajaan?
Kemukakan surat permohonan beserta dengan salinan Sijil Pendaftaran Kenderaan ke Bahagian Kewangan.

6) Bagaimanakah cara untuk mendapat balik lebihan potongan?
Lebihan potongan boleh didapati semula dengan cara menghantar surat beserta slip gaji yang menunjukkan lebihan potongan serta slip gaji yang telah diberhentikan potongan sama ada melalui pos atau datang sendiri ke kaunter Cawangan Akaun, Bahagian Kewangan.

Read more...

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

>> Isnin, 11 Mei 2009

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2009

SESI PAGI (TAHUN 4, TAHUN 5 & TAHUN 6)


SESI PETANG (TAHUN 1, TAHUN 2 & TAHUN 3)


RESOS (TAHUN 4, TAHUN 5 & TAHUN 6)


RESOS (TAHUN 1, TAHUN 2 & TAHUN 3)


Catatan :
  1. Guru Pengawas Peperiksaan bertugas mengikut jadual waktu semasa.
  2. Buku Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran (PK1) pada atau sebelum 21 Jun 2009.
  3. Markah ujian hendaklah dihantar kepada Setiausaha / Penolong Setiausaha Peperiksaan pada atau sebelum 21 Jun 2009.

Read more...

Santai Minda : Tip Belajar

>> Jumaat, 8 Mei 2009

Read more...

Mesyuarat Badan Kebajikan Guru & Staf, Mesyuarat Sambutan Hari Guru dan Taklimat Kokurikulum SK Jabi

>> Rabu, 6 Mei 2009


Hari ini telah berlangsung mesyuarat Badan Kebajikan Guru dan Staf, mesyuarat sambutan Hari Guru dan taklimat kokurikulum yang dijalankan secara serentak bertempat di Makmal ICT SK Jabi. Majlis ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Encik Che Hassim Bin Hanafi; Penolong Kanan Kokurikulum. Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah pelantikan ahli jawatankuasa Badan Kebajikan Guru dan Staf yang baru, cadangan perlembagaan Badan Kebajikan Guru dan Staf, pelantikan jawatankuasa sambutan Hari Guru serta belanjawan. Manakala taklimat kokurikulum pula berkisar tentang penyediaan fail-fail oleh setiap kelab dan persatuan serta penyediaan laporan aktiviti kokurikulum tahun 2009.

Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa Badan Kebajikan Staf yang baru dilantik :

AHLI JAWATANKUASA BADAN KEBAJIKAN GURU & STAF
SK JABI 2009

Pengerusi
Encik Musa Bin Abdul Rahman

Naib Pengerusi
Encik Mohd Arif Bin Ab Samat

Setiausaha
Puan Zaida Binti Md Zaki

Bendahari
Puan Adabiah Binti Abd Ghani

AJK Guru
Encik Ahmad Bin Hassan
Encik Helmi Bin Muhamad
Puan SajaratunNazriah Binti Mahamud

AJK Staf
Puan Mawar Binti Ismail
Cik Nor Farzeliyatul Safinaz Binti Romli

Juruaudit
Encik Ayob Bin Mat Isa
Encik Syahril Azri Bin Yahaya

Read more...

Amalan Pengajaran & Pembelajaran Ke Arah Peningkatan Prestasi

>> Isnin, 4 Mei 2009

AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KE ARAH PENINGKATAN PRESTASI

(Suatu pengalaman untuk dikongsi)

Oleh : Hj.Samsudin bin Md Noor

Guru Cemerlang Pendidikan Islam Gred Khas ( JUSA ) C

SMK Model Khas Baling, Kedah

Pendahuluan

Peranan guru bukan sekadar memindah ilmu kepada murid-muridnya tetapi dalam konteks yang lebih luas iaitu sebagai muallim, murabbi, muaddib, mursyid, pendidik, pembimbing, pengajar, pengurus, pengarah, penyelia, pengelola, penyelidik, pengkaji, pakar rujuk, agen perubahan, agen sosialisasi, dan pembina masa depan negara dan sebagainya, bertujuan membina murid menjadi modal insan yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara serta agama.

Perancangan Awal

Perancangan strategik lima tahun dan tahun semasa perlu diadakan supaya apa yang dicadangkan untuk dilaksanakan sebagai panduan pelaksanaan sepanjang tahun dan strategi masa hadapan.

Perancangan strategik perlu dimasukkan 'target' atau pelunjuran yang hendak dicapai, biasanya 'target' itu adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya. Perkara yang lebih penting untuk diutamakan dalam perancangan itu ialah aktiviti-aktiviti yang hendak dilaksanakan bagi mencapai target. Aktiviti-aktiviti tersebut merangkumi program-program pengajaran dan pembelajaran berkesan, kelas tambahan, kelas pemulihan, kelas pengukuhan dan pengayaan, projek-projek akademik dan kegiatan ko-korikulum.

Perancangan awal yang perlu dilakukan iaitu penyediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran selain daripada buku teks seperti nota-nota tambahan, bahan-bahan 'power points', CD, VD, dan bahan bantuan mengajar bagi mempermudahkan murid memahami sesuatu tajuk. Guru sepatutnya membuat pengukuran masa bagi sesuatu topik yang hendak diajar, ada topik yang diselesaikan dalam satu masa dan ada yang perlu lebih dari satu masa.

Perancangan kemudahan pembelajaran murid, seperti keadaan kelas yang lebih kondusif, kemudahan peralatan kegunaan pelajar. Jika tiada masalah kertas-kertas, pelbagai jenis pen yang dakwatnya berbagai warna , yang boleh memberi keseronokan kepada murid untuk belajar disediakan oleh guru, kemungkinan peruntukan kewangan sekolah boleh digunakan untuk tujuan ini atas budibicara pentadbir sekolah. Keadaannya menjadi lebih baik jika guru berusaha adakan sebuah Bilik Khas Pendidikan Islam (jika ada bilik yang kosong),

Perancangan pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun seharusnya mengikut agihan yang telah ditentukan dan guru boleh mengambil daya anisiatif supaya sukatan pelajaran dapat diselesaikan lebih awal. Guru boleh menggunakan masa-masa baki untuk tujuan pengayaan, pengukuhan, pemurnian, pemulihan, peningkatan kemahiran menjawab dan sebagainya sebelum tiba masa peperiksaan yang sebenar.

Siapa Guru Di Hati Murid

Usaha menarik minat murid mendampingi guru adalah satu langkah yang cukup berkesan untuk menarik mereka menyukai mata pelajaran yang diajar. Guru yang memiliki penampilan diri yang baik akan memberi bonus kepadanya kerana secara tidak langsung ia menjadi idola kepada murid terutama murid di kelas yang beliau ajar.

Pandangan pertama iaitu pakaian yang sentiasa kemas pada setiap hari persekolahan, kesungguhan dalam pekerjaan, dedikasi dalam menyampaikan ilmu, bersikap adil kepada semua murid, sentiasa bertimbangrasa dan penyayang, mesra dan sentiasa nampak periang, sentiasa tenang dan berhati-hati dalam tindakan supaya tidak tersalah langkah, beretika dan boleh diteladani, berwatak tegas tetapi amat berhemah dalam tindakan, sentiasa memelihara disiplin diri, bersifat cekal dan sabar, berprinsip tetapi bersifat terbuka untuk menerima berbagai pandangan, berilmu dan mahir dalam bidang kerjayanya, sentiasa mengharga masa, 'komited' dengan tugas, memiliki idea-idea yang bernas, kreatif dan inovatif, berwibawa, sedia berkorban masa dan wang ringgit serta berketrampilan adalah antara ciri-ciri personaliti yang boleh menawan hati murid-murid.Kekemasan tempat atau bilik guru sebagai tempat untuk guru melaksanakan kerja-kerja rutin juga menjadi perhatian murid. Mereka begitu gemar datang berurusan dan berjumpa untuk menyelesaikan berbagai masalah atau meminta guru menilai tahap pencapaiannya jika tempat itu kelihatan kemas dan tersusun yang mencerminkan perwatakan guru yang sebenar.

Buku rekod sebagai buku penting yang perlu disediakan dengan kemas dan rapi serta lengkap menjadikan guru berkenaan mendapat keyakinan yang dihati pentadbir dan murid-muridnya. Begitu juga dengan kekemasan kerja-kerja yang lain yang boleh dinilai baik oleh murid, rakan sejawatan dan pentadbir sebagai guru yang memiliki komitmen yang tinggi. Guru boleh membuat berbagai program di luar bilik darjah yang bertujuan merapatkan diri dengan mereka. Antaranya, membuat jamuan makan sekali atau dua kali setahun, membawa mereka ke tempat rekriasi melalui program Pendidikan Islam, lawatan ke tempat-tempat tertentu, berkunjung ke rumah salah seorang murid, terutama yang sakit, program menelaah bersama di waktu petang dan sebagainya.Aktiviti membaca yasin, solat hajat sebulan sekali dan lebih kerap di masa hampir dengan tarikh peperiksaan menyebabkan mereka terasa seolah-olah guru itu mengambil berat dan prihatin ke atas mereka.

Kebijaksanaan berkomunikasi dengan murid-murid, memahami perasaan mereka melalui pendekatan kesedaran emosi seperti mengambil berat tentang permasalahan mereka, bersimpati dan empati, cuba penyelesaian kekusutan yang berlaku ke atas mereka, dan sebagainya akan mendekatkan lagi mereka dengan guru. Melalui cara ini murid mudah mematuhi segala yang dihajati guru.

Gerakerja guru yang menampakkan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas juga dapat mempengaruhi minat murid terhadap guru. Guru sewajarnya memiliki keperibadian yang tinggi, berpengetahuan luas tentang tajuk yang hendak diajar, serta berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran, kemerlangan dalam mengurus bilik darjah, dan menampakkan personaliti sebagai guru yang berwibawa. Oleh itu kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan, bijak mengurus masa secara optimum, berupaya meningkatkan prestasi murid, dan bijak mengawal disiplin akan meningkatkan keyakinan murid terhadap kemampuan guru.

Guru Dan Bilik Darjah

Pada peringkat awal, murid-murid akan membuat berbagai tanggapan atau persepsi terhadap guru yang akan masuk ke kelas mereka. Mungkin murid-murid sudah tahu tentang latarbelakang guru itu secara tidak langsung sebelum ini, kerana mereka sudah dua atau tiga tahun belajar di sekolah ini cuma belum pernah belajar dengannya. Sebaliknya terdapat juga murid langsung tidak tahu tentang guru itu, kerana dia mungkin murid yang baru di sekolah itu atau murid ini hanya tahu guru yang mengajarnya sahaja.

Berkenalan dengan murid yang akan diajari adalah suatu yang tidak boleh diabaikan kerana pernilaian murid ke atas diri guru pada hari pertama akan diterjemahkan terus ke dalam minda mereka tentang perwatakan guru itu. Murid bertanggapan guru itu garang jika guru itu bermula dengan watak tegas. Murid juga mungkin bertanggapan guru ini boleh dipermainkan kerana perwatakan yang tersangat lembut atau tidak serius.

Semasa inilah guru perlu memainkan peranan yang cukup bijak bagi menawan hati mereka seperti memuji mereka dengan kata-kata yang menggambar guru itu amat sayang kepada mereka. Ketika itu juga guru berusaha dengan kata-kata bersemangat dan menampakkan kesungguhan untuk menjadikan mereka murid yang berjaya, murid yang baik, murid yang memiliki keyakinan diri yang tinggi. Beberapa peraturan yang mesti dipatuhi yang menampakkan ketegasan tetapi berhemah serta memiliki sifat keterbukaan dalam menerima pandangan serta bersedia melakukan perubahan.

Guru memperincikan bahan-bahan yang perlu disediakan oleh mereka dan bahan yang akan disediakan oleh guru sendiri supaya murid mengetahui bahawa gurunya bersedia untuk mengajar mereka. Jika sekiranya menjadi guru kelas berkenaan maka kesediaan guru untuk menjadikan kelas ini lebih ceria dan menarik menjadikan murid-murid berkeyakinan terhadap gurunya itu. Mengenali nama setiap murid di kelas tersebut adalah satu pendekatan yang baik. Murid akan menampakkan lebih mesra jika disebut nama mereka semasa berkomunikasi. Berbagai cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mengingati 'nama-nama mereka seperti bertanya nama setiap kali hendak bercakap dengan mereka, atau memasukkan foto-foto mereka dalam komputer peribadi untuk diingat setiap hari. Dalam masa yang singkat guru dapat mengingati semua nama mereka.

Guru juga boleh menyatakan beberapa ganjaran yang akan diberikan kepada murid jika mereka bersedia untuk memberi kerjasama semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku atau pencapaian kemajuan murid bertambah baik dari masa semasa, seperti berjanji untuk bawa mereka ke tempat perkelahan atau lawatan ke mana-mana atau berjanji untuk menghadiahkan sesuatu. Guru sewajar menunaikan janji-janji itu supaya murid tidak kecewa dengan sikap guru yang dianggap berpura-pura itu. Saya pernah berjanji untuk membuat jamuan makan kepada mereka, membawa mereka ke tempat rekriasi, memberi hadiah tertentu, dan saya tunai setelah mereka tunjukkan peningkatan.

Pengajaran Dan Pembelajaran

Objektif pengajaran dan pembelajaran akan tercapai apabila murid mengetahui dan memahami tajuk yang diajar, kemudian mampu menganalisa dan membanding beza serta membuat penilaian serta mampu untuk mengaplikasi dalam situasi yang tertentu. Guru perlu memahami modul pengajaran dan pembelajaran yang bermula dengan set induksi, perkembangan isi mengikut aras serta menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai, penerapan prinsip-prinsip Islam Hadhari, rumusan, tugasan dan ulasan kendiri. Biasanya apabila loceng berbunyi, guru akan masuk ke bilik darjah berkenaan atau murid –murid datang ke Bilik Pendidikan Islam. Ketika ini guru menunjukkan sikap kesungguhan untuk masuk ke kelas itu, dengan gaya berjalan yang laju serta membawa beberapa bahan yang diperlukan atau menjemput mereka supaya bergerak pantas ke Bilik Pendidikan Islam.

Apabila melangkah masuk teruskan memberi salam, mereka bangun dan membaca doa dengan ikhlas dan khusyuk supaya mendapat keberkatan Allah SWT. Selepas itu, guru meminta mereka bersihkan kelas, kemaskan diri, meja, kerusi, dan apa sahaja yang kelihatan tidak menceriakan sebagai suatu cara untuk mendidik dan memperadabkan mereka sebelum mereka menerima pelajaran.

Guru bertanyakan mereka, seperti 'apa khabar semua', 'ada yang sakit atau yang tidak sihat','siapa yang ada apa-apa masalah,' 'ustaz nampak semuanya seronok, ini yang menjadikan ustaz pun seronok hendak mengajar'. Pertanyaan-pertanyaan dan kata-kata begini adalah sentuhan awal supaya mereka seronok dengan kedatangan guru itu. Guru memuji dengan perkataan, 'bagus' supaya murid merasakan mereka dihargai, dan cuba berjenaka dengan mereka seperti memberi satu teka-teki dan sebagainya.

Guru memulakan pelajaran dengan menunjukkan sesuatu, atau menceritakan satu cerita pendek atau apa sahaja sebagai set induksi. Apabila sesuatu tajuk disentuh, guru cuba bertanya tentang beberapa pengalaman mereka yang ada kaitan dengan tajuk berkenaan. Murid-murid membuka buku teks bagi tajuk berkenaan, nota tambahan yang disedikan guru sebagai 'hand out', dan kertas A4 untuk dibuat peta minda. Guru juga mempamerkan bahan maklumat melalui 'slide' yang ditayang dengan bantuan 'LCD' atau menggunakan teknik-teknik yang lain.

Guru berbincang dengan murid secara bersahaja, tentang tajuk yang dipelajari, murid berbincang sesama mereka, membuat peta minda, bersoal jawab, guru memberi persoalan untuk diselesaikan oleh murid sendiri, murid membuat aktiviti kumpulan, guru membuat penilaian mengikut aras, dan berbagai aktiviti lain yang boleh merangsangkan minat murid. Di samping itu guru sentiasa berjenaka dan memberi perangsang serta memuji sebagai penghargaan bagi semua kerja yang sedang mereka lakukan. Guru sepatutnya tidak menyampaikan ilmu secara sehala, dari awal hingga akhir kerana teknik ini ternyata membosankan murid.Peranan otak kiri dan otak kanan perlu diseimbangkan. Otak kiri memberi penekanan kepada bahasa, rumusan matematik, lojik, urutan, nombor, analisi dan lirik lagu. Otak kanan memberi penekanan kepada bentuk dan corak, maipulasi ruang, imiginasi, angan-angan, dan rentak lagu. Maka peranan guru mempastikan kedua-dua otak itu berfungsi dengan baik.

Apabila mereka seronok dengan pembelajaran seperti ini menjadikan mereka terasa masa berada di kelas terlalu sebentar dan kadang-kadang mereka akan terus berada di kelas ini walaupun loceng telah berbunyi kerana kemungkinan selepas ini tiada guru yang datang ke kelas mereka.Pendekatan cara bermain atau berintraksi bersama mereka semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan menjadikan mereka semakin berani mengeluarkan berbagai idea secara spontan dan berani bertanya tentang perkara-perkara yang mereka tidak faham sebab mereka tidak merasa tertekan dan hati dan perasaan mereka sentiasa tenang. Mereka sendiri memahami apa yang terkandung dalam buku, guru hanya bertindak sebagai fasilitator yang hanya menekan aspek-aspek tertentu dalam kandungan itu.

Murid-murid ternyata lebih gemar membuat peta minda setelah mereka dilatih untuk membuatnya berkali-kali dan seolah-olah menjadi 'kegilaan' kepada mereka. Kelebihan membuat peta minda ialah mereka dapat menguasai semua isi yang terkandung dalam buku atau nota, dan mereka hanya menggunakan bahasa dan ayat-ayat sendiri ketika menjawab soalan, tidak bergantung ayat-ayat yang terdapat dalam buku. Oleh itu minda mereka akan lebih terbuka, di samping melatih mereka berfikiran kreatif dan kritis. Kadang-kadang guru berhadapan dengan murid yang lambat faham akan sesuatu tajuk atau isi kandungan. Pendekatan yang digunakan antaranya menjadikan rakannya sebagai 'guru' untuk menjelaskan perkara tersebut, menggalakkan pelajar berkenaan segera bertanya rakannya yang berdekatan atau mereka akan bangun bertanya rakan yang lebih meyakinkannya. Murid berkenaan tidak segan silu untuk terus bertanya dengan guru. Guru mengulangi semula dengan pendekatan yang lebih mudah atau membina soalan untuk dibincang dalam kumpulan setelah mengenalpasti ada murid yang masih belum faham kandungan tersebut.

Pendekatan-pendekatan yang lebih mudah, meringankan bebanan murid dan meningkatkan minat untuk terus menyelesaikan tugasan bagi tajuk berkenaan. Contohnya, murid yang sukar menghafaz ayat-ayat al-Quran bagi tingkatan empat, guru memberi kebebasan kepada murid bertemu dengan guru untuk menghafaz ayat-ayat itu di hadapan guru, guru boleh melantik murid-murid yang cemerlang menjadi naqib untuk mendengar hafazan murid berkenaan, kadang-kadang terdapat murid yang ingin menghafaz sedikit demi sedikit dan akhirnya semua ayat tersebut telah berjaya di hafaz atau pun menggunakan pelbagai pendekatan yang disukai oleh murid berkenaan dan guru sepatutnya melayan kehendak mereka.

Bagi murid-murid yang tidak menguasai bacaan al-Quran, guru boleh menggunakan pendekatan yang lebih berhemah. Contohnya, menjemput mereka berkumpul di suatu bilik yang tidak disertai oleh murid-murid lain. Guru memberi semangat, perangsang, serta mencerita kelebihan-kelebihan apabila boleh membaca al-Quran. Guru meminta pandangan mereka tentang cara yang kehendaki supaya mereka boleh mereka lakukan dan matlamatnya mereka boleh membaca al-Quran. Guru juga memberi cadangan, misalnya, guru memberi jaminan kepada mereka bahawa mereka boleh membaca al-Quran jika mereka mengikuti teknik dan kaedah yang akan di bawa oleh gurunya itu tetapi mereka hendaklah melakukan latihan berterusan di rumah atau di luar bilik darjah. Gabungan kaedah Iqrak, Qiraati dan Hattawiyah boleh digunakan tetapi guru hendaklah sentiasa memantau perkembangan mereka dengan memberi galakan, pujian, ganjaran, penghargaan berterusan. Murid-murid ini kadang terasa malu disebabkan kelemahan mereka. Oleh itu guru tidak perlu menggunakan kaedah yang menyebabkan mereka menjadi malu, seperti menyuruhnya membaca dengan kuat di hadapan kelas, sebaiknya mereka di bawa ke tempat lain atau membaca dalam kumpulan yang sama atau membaca secara beramai-ramai.

Jika mampu selalu berjumpa mereka untuk berbincang dan sekali sekala jemput mereka makan di kantin dan sebagainya supaya mereka dapat merasai bahawa guru itu benar-benar untuk membantu mereka menguasai bacaaan al-Quran. Setelah mereka berjaya membaca maka berilah penghargaan berupa sijil di perhimpunan sekolah. Apabila mereka merasakan seronok belajar Pendidikan Islam maka mereka akan berusaha untuk memahami tajuk yang sedang dipelajari. Di samping galakan dan motivasi guru yang berterusan. Dengan wajah keriangan yang ditunjukkan oleh guru, serta menampakkan kesayangan guru itu terhadap murid, menjadikan mereka terasa bersalah jika mereka tidak mendengar nasihat-nasihat yang dilontarkan oleh guru.

Guru juga hendaklah menunjukkan ketegasan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung, tetapi ketegasan itu dilakukan dengan senda gurau, sambil mengenakan sedikit denda terhadap mereka, dan mereka bersedia untuk menerima dengan lapang dada seperti menarik sedikit telinga sebagai menandakan guru tidak gemar dengan perlakuan tersebut. Murid yang sememangnya sayang kepada gurunya itu, dengan cepat memohon maaf, dan guru terus maafkan dan letakkan tangan dibelakang mereka atau memuji mereka supaya mereka tidak merasakan sesuatu yang boleh menjejaskan penumpuan terhadap pelajaran yang sedang dihadapi itu. Denda atau hukuman yang boleh menjatuhkan maruah dan memalukannya sepatutnya dielakkan supaya murid berkenaan tidak tertekan, akibatnya murid berkenaan mungkin membuat tindakan negatif seperti tidak datang ke sekolah, merosakkan harta benda sekolah dan sebagainya.

Penggunaan alatan bantuan mengajar, model-model tertentu, atau kepelbagaian kaedah yang lebih kepada berpusatkan murid. Pendekatan, modul atau kaedah seperti Pembelajaran Masteri, Pembelajaran Kerjasama, Kontruktivisma, Pembelajaran Kontektual, adalah di antara kaedah yang boleh digunakan mengikut kesesuaian tajuk, kemampuan murid, dan kebijaksanaan guru mengaplikasikannya supaya dapat menghasilkan pembelajaran yang memberangsang minda mereka. Kesannya, murid mudah faham dan minat mereka untuk meneruskan pembelajaran dan mereka tidak menunjukkan perlakuan yang bermaksud bosan dengan cara guru menyampaikan pengajaran.

Contohnya, tajuk cara menyempurnakan ibadah haji dan umrah. Model-model berbentuk replika seperti model kaabah, jamrah, tempat saei, tempat wukuf, Mina dan Muzdalifah serta Miqat Makani. Guru menggunakan beberapa murid untuk menunjuk cara, simulasi, main peranan dan sebagainya. Penggunaan pendekatan ini, murid akan lebih mudah faham dalam masa yang singkat.

Bagi meningkatkan pencapaian murid dalam bacaan dan tulisan jawi, maka tindakan yang boleh difikirkan ialah langkah pertama, mengadakan penilaian mudah untuk mengetahui tahap sebenar pencapaian murid berkenaan, bagi murid yang terlalu lemah, diperkenalkan huruf hijaiyah yang dipadankan dengan huruf rumi, kemudian ditingkatkan ke tahap mengenal suku kata hingga seterusnya murid boleh membaca kalimah mudah dan kalimah yang lebih dari dua sukukata hinggalah ke tahap boleh membaca ayat-ayat dan esei. Pendekatan mendekati murid adalah seperti yang telah dijelaskan perlu untuk menarik minat mereka menyintai jawi.

Memasang lagu-lagu nasyid atau zikir yang boleh menjadi halwa telinga mereka tetapi diperlahankan suaranya, supaya murid rasa terhibur dan kadang-kadang kandungan lagu itu memberi kesedaran dan keinsafan kepada mereka, juga dapat membantu meningkatkan keseronokan dan minat murid untuk meneruskan pembelajaran.

Kebiasaannya guru berhadapan dengan masalah apabila berada di kelas yang terlalu lemah dan kemungkinan terdapat empat atau lima murid yang tidak boleh membaca dengan baik dan yang lain pula bersikap malas, suka ponteng, tidak suka membuat tugasan yang diberikan oleh guru, suka tidur dan sebagainya menyebabkan guru terasa bosan untuk berhadapan dengan mereka. Sebagai guru yang telah diberikan amanah untuk mengajar di kelas yang berkenaan seharus mencari pendekatan yang boleh meningkatkan motivasi dan kecenderungan mereka untuk mengikuti pelajaran yang sedang diajar.

Guru sepatutnya mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menambahkan kebencian mereka terhadap mata pelajaran yang diajar atau terhadap guru sendiri. Leteran yang berterusan, menyebut perkara-perkara negatif yang ada pada mereka seperti mengecap mereka sebagai pemalas, pengotor, kaki tidur dan sebagainya akan menghilangkan minat mereka untuk berada bersama guru itu. Pendekatan yang berkesan, murid-murid diberikan perhatian, dan pujian jika mereka melakukan sedikit perubahan ke arah kebaikan. Mulakan pelajaran dengan perkara yang cukup mudah, banyak memberi contoh-contoh, dekat dengan mereka ketika mengajar. Jika mereka tidak faham, cuba ulang bahagian itu melalui kaedah yang berbeza seperti memberi lambaran kerja, bimbing mereka untuk mendapatkan jawapan, gembirakan hati mereka, berjenaka, dan memberi tindak balas positif terhadap perlakuan dan pertuturan mereka.

Apabila mereka sudah menampakkan kecenderungan untuk belajar, teruskan memberi galakan, motivasi dan pengharapan yang baik, seperti kata-kata,'saya yakin murid kelas ini boleh lulus pelajaran ini dalam peperiksaan nanti, kerana ustaz sudah nampak ada peningkatan, ustaz seronok jika murid kelas ini berjaya'. InsyaAllah perubahan akan berlaku, sekurang-kurang guru dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan berkesan di kelas berkenaan, tetapi amalan ini hendaklah dilakukan berterusan bukan secara sekali sekala. Yang lebih penting guru menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap mereka.

Latihan, Penilaian Dan Pentaksiran

Aspek yang diberikan penekanan ketika membuat latihan dan menjawab peperiksaan ialah keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab, bukan kerana terpaksa atau dipaksa atau melaksanakan sekadar melepas batuk di tangga, tidak menipu dengan cara meniru rakan secara menyalin semula jawapannya, belajar menerima hakikat iaitu menyatakan kemampuan sebenar supaya guru boleh membuat penambahbaikan, tidak malu untuk menyatakan kelemahan, sedia mendapatkan pertolongan rakan bagi meningkatkan kemahiran dan kefahaman. Akhirnya murid-murid dapat mendengar nasihat guru dan melaksanakan tugasan dengan baik.

Sebaik-baiknya, setiap tajuk yang dipelajari diberikan latihan untuk dilaksanakan di minit-minit terakhir dan menyambung tugasan itu di luar kelas atau di rumah sebagai kerja rumah. Guru menggalakkan murid menjawab latihan mengikut teknik jawapan yang betul dan jawapan yang dikemukakan itu adalah betul. Caranya, murid diminta berbincang dengan rakan-rakan sekiranya tidak yakin dengan jawapan yang diberikan itu. Nasihatkan mereka secara ikhlas supaya mereka tidak menyalin terus daripada jawapan rakannya itu. Berikan penekanan bahawa murid yang ikhlas dan yakin dengan pekerjaan akan mudah mencapai kejayaan dan keberkatan.

Menjawab soalan-soalan yang diberi oleh guru melalui perbincangan kumpulan juga satu teknik yang boleh membantu murid yang lemah. Setelah mendapat jawapan, masing-masing murid menulis jawapan tersebut. Kemudian ketua kumpulan akan menyemak semula jawapan setiap ahli kumpulan. Guru menunjukkan teknik dan kaedah menjawab soalan yang berkesan diperingkat awal lagi. Guru melatih sehingga mereka faham, kemudian latihan demi latihan mengikut teknik peperiksaan sebenar. Semua guru sepatutnya memahami teknik menjawab soalan peperiksaan awam (PMR dan SPM) supaya murid-murid dilatih sejak di tingkatan satu bagi PMR dan di tingkatan empat bagi SPM.

Setiap latihan murid direkod dalam buku rekod dengan memberi markah mudah iaitu A,A-,A+,B,B-,B+,C,C-,C+,D,dan E, rekod-rekod dipamerkan kepada mereka melalui 'LCD', supaya mereka dapat membezakan percapaian mereka dan membandingkan dengan pencapaian rakan-rakan mereka. Guru akan memberi nasihat dan bimbingan kepada pencapaian yang lemah, pencapaian yang masih tidak berubah atau yang menurun.

Bagi kelas yang lemah, guru perlu memperbanyakkan soalan-soalan pencapaian rendah dan cuba memberi satu jawapan contoh supaya mereka berminat untuk terus menjawab soalan-soalan itu sehingga selesai. Galakan dan pujian harus diberikan terutama murid yang lemah jika ada sedikit pencapaian, guru perlu membuat pembetulan perkara-perkara yang salah dan berikan sedikit markah bagi jawapan tersebut, supaya murid berkenaan merasakan ada peningkatan dalam diri mereka.

Pemulihan, Pengukuhan dan Pengayaan

Bagi memastikan pencapaian murid terus meningkatkan prestasi maka perlu diadakan program pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Program ini boleh dilaksanakan di masa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru perlu mengenal pasti murid yang masih tidak menguasai topik berkenaan kemudian diberi pemulihan segera, jika tiada kesempatan, program itu perlu dilanjutkan di luar bilik darjah iaitu semasa lapang atau di luar waktu persekolahan.

Program pengukuhan dan pengayaan boleh dilaksanakan dari masa ke semasa melalui kelas-kelas tambahan atau tugasan tambahan yang diberikan kepada murid untuk diselesaikan secara individu atau kelompok. Penekanan secara lebih intensif dilaksanakan sebulan sebelum peperiksaan percubaan. Selepas peperiksaan percubaan guru membuat analisa keputusan untuk melihat kelemahan dan kekuatan murid kemudian tindakan susulan dijalankan bagi membantu meningkatkan kemahiran.

Penutup

Kejayaan seseorang guru dalam usaha untuk meningkatkan prestasi murid tidaklah semata-mata bergantung kepada kemahiran menggunakan teknik dan kaedah pengajaran yang pelbagai sahaja. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah juga berkait rapat dengan kefahaman guru tentang peranan mereka yang sebenar, personaliti, keperibadian, kewibaan dan kesungguhan yang ditonjolkan, kebijaksanaan menawan hati budi murid, sifat pengorbanan dan keikhlasan, di samping perancangan yang teliti dan menyeluruh.

Pemantauan dan penyeliaan yang berterusan serta melakukan refleksi bagi tujuan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan merupakan usaha-usaha dilakukan semasa dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam konsep hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

Kajian tindakan atau soal selidik boleh dilakukan oleh guru sebagai asas untuk tindakan yang lebih berkesan ke arah peningkatan prestasi murid. Perkongsian bijak dengan rakan-rakan panitia juga salah satu langkah ke arah memeperkasakan pengajaran dan dan pembelajaran. Bagi melaksanakan tugas yang mencabar ini, guru tidak perlu mengeluh dan merasa kecewa jika usaha-usaha yang dijalankan menemui kegagalan. Usaha dan ikhtiar yang berterusan mengikut pendekatan-pendekatan yang difikirkan wajar hasil daripada kreativiti dan innovasi serta komitmen guru yang tinggi. Kepuasan bagi seorang itu ialah apabila ramai murid yang diajar mencapai kejayaan. InsyaAllah dengan doa dan harapan, usaha yang disertaikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah akan mendapat keberkatanNya jua.

Guru di awal gurulah di akhir

Read more...

Lagu Hari Guru 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Read more...

Tahniah : Penerima APC SK Jabi 2008

>> Jumaat, 1 Mei 2009


Unit ICT mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2008. Mereka adalah :


Kategori Guru :
  1. Puan Eshah Binti Ahmad (Guru Bahasa Inggeris)
  2. Puan Rogayah Binti Ismail (Guru Pendidikan Islam)

Kategori Staf :
  1. Encik Zuki (Pembantu Tadbir Rendah)
  2. Puan Syarifah Norazlifah Binti Syed Nordin (Pembantu Tadbir)
Tahniah juga diucapkan Encik Johari (Penyelia Asrama) yang telah dinaikkan gred perkhidmatan ke N22. Diharapkan dengan anugerah dan pelantikan ini akan menyemarakkan lagi semangat kalian untuk terus berbakti dan mencurah keringat demi kecemerlangan SK Jabi.

Read more...

Santai Minda : Nation & Nasi

Read more...

Tahniah : SK Jabi Ungguli Kejohanan Sukan dan Olahraga Pendidikan Khas Negeri Kedah

>> Isnin, 27 April 2009


SK Jabi sekali lagi melakar sejarah gemilang apabila berjaya menggondol 11 buah pingat daripada 30 buah pingat yang diperolehi oleh kontinjen Pendidikan Khas Kota Setar dalam Kejohanan Sukan dan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Stadium Darulaman pada 22 - 23 April baru-baru ini.

Adik Muhammad Fikri Bin Abdul Ghani (gambar) yang dinobatkan sebagai Olahragawan Negeri berjaya meraih 3 pingat emas dan satu pingat gangsa. Manakala seorang lagi peserta SK Jabi iaitu Siti Nor Nazirah Binti Zainuddin telah dipilih sebagai tokoh Olahragawati Negeri setelah memenangi 2 pingat emas. Lain-lain keputusan adalah adik Muhammad Zahir Bin Zulkifli 3 emas, adik Muhammad Amiruddin Bin Abdullah 1 gangsa dan adik Norhafiza Binti Mat Lazim 2 gangsa. Mereka akan mewakili kontinjen Pendidikan Khas Negeri ke kejohanan peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Johor tidak lama lagi.

Unit ICT mewakili pihak sekolah mengucapkan sekalung tahniah kepada peserta-peserta yang berjaya. Semoga SK Jabi terus gemilang pada masa hadapan.

Read more...

Tahniah : Cikgu Shahril Menimang Cahaya Mata Kedua

Unit ICT dan seluruh warga kerja SK Jabi mengucapkan tahniah kepada Encik Shahril Azri Bin Yahya (Cikgu Shahril) kerana menimang cahaya mata yang kedua baru-baru ini. Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menaikkan lagi semangat dan motivasi Cikgu Sharil untuk terus menyumbang bakti demi memajukan agama, bangsa dan negara.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP