Blog Widget by LinkWithin

Tahniah : SK Jabi Ungguli Kejohanan Sukan dan Olahraga Pendidikan Khas Negeri Kedah

>> Isnin, 27 April 2009


SK Jabi sekali lagi melakar sejarah gemilang apabila berjaya menggondol 11 buah pingat daripada 30 buah pingat yang diperolehi oleh kontinjen Pendidikan Khas Kota Setar dalam Kejohanan Sukan dan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Stadium Darulaman pada 22 - 23 April baru-baru ini.

Adik Muhammad Fikri Bin Abdul Ghani (gambar) yang dinobatkan sebagai Olahragawan Negeri berjaya meraih 3 pingat emas dan satu pingat gangsa. Manakala seorang lagi peserta SK Jabi iaitu Siti Nor Nazirah Binti Zainuddin telah dipilih sebagai tokoh Olahragawati Negeri setelah memenangi 2 pingat emas. Lain-lain keputusan adalah adik Muhammad Zahir Bin Zulkifli 3 emas, adik Muhammad Amiruddin Bin Abdullah 1 gangsa dan adik Norhafiza Binti Mat Lazim 2 gangsa. Mereka akan mewakili kontinjen Pendidikan Khas Negeri ke kejohanan peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Johor tidak lama lagi.

Unit ICT mewakili pihak sekolah mengucapkan sekalung tahniah kepada peserta-peserta yang berjaya. Semoga SK Jabi terus gemilang pada masa hadapan.

Read more...

Tahniah : Cikgu Shahril Menimang Cahaya Mata Kedua

Unit ICT dan seluruh warga kerja SK Jabi mengucapkan tahniah kepada Encik Shahril Azri Bin Yahya (Cikgu Shahril) kerana menimang cahaya mata yang kedua baru-baru ini. Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menaikkan lagi semangat dan motivasi Cikgu Sharil untuk terus menyumbang bakti demi memajukan agama, bangsa dan negara.

Read more...

LDP : Pengurusan Stress


Bertempat di Dewan Seri Mutiara, Hospital (Lama) Alor Setar kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bertajuk "Pengurusan Stress" telah diadakan pada hari Sabtu, 25 April yang lepas. Kursus yang mengandungi 3 slot ini telah disampaikan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai perubatan dan kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Pelbagai info dan teknik berguna untuk menangani stress telah dikongsi bersama dengan peserta-peserta kursus yang hadir. Secara ringkasnya program ini telah berjaya menepati objektif yang diharapkan.

Read more...

Majlis Bacaan Yasin Perdana & Ceramah Motivasi

Pada 23 April yang lepas Majlis Bacaan Yasin Perdana dan Ceramah Motivasi Anjuran PIBG telah diadakan di kafeteria SK Jabi. Slot ceramah motivasi bertajuk "Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk Kecemerlangan Diri Dan Sahsiah Kanak-Kanak" telah disampaikan oleh Puan Hajjah Nazrah Binti Yusuf; pensyarah di Institut Perguruan Darulaman (IPDA). Dalam ceramahnya beliau banyak menerapkan formula kerjasama-kasih dalam membentuk kecemerlangan diri anak-anak. Sambutan staf sekolah dan para waris pada program kali ini begitu menggalakkan. Majlis berakhir pada pukul 11.00 malam.

Read more...

Hubungi Kami

>> Isnin, 20 April 2009

UNIT ICT
Sekolah Kebangsaan Jabi,
06400 Pokok Sena,
Kedah,
MALAYSIA

Tel./Faks : +604-7821340
Portal : http://skjabi.blogspot.com
Email : skjabi_kba2027@yahoo.com

Read more...

Pencapaian

1990 : Skim Hadiah Galakan Simpanan Sekolah-Sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan
1993 : Skim Galakan Simpanan BSN Peringkat Kebangsaan
1999 : Peningkatan UPSR Peringkat Negeri
2000 : Pengurusan SPBT 5 Bintang Peringkat Daerah
2002 : Pengurusan Asrama 5 Bintang Peringkat Daerah
2002 : Pengurusan Asrama 5 Bintang Peringkat Negeri
2002 : Pengurusan Kafeteria 5 Bintang Peringkat Daerah
2008 : Peningkatan UPSR Peringkat Daerah
2015 : Johan Pertandingan Pesta Pantun Sekolah Rendah Peringkat Daerah

Read more...

Prasarana

  1. 6 bilik darjah
  2. 6 bilik darjah RESOS
  3. 1 makmal komputer
  4. 1 asrama desa
  5. 1 kafeteria
  6. 1 pejabat
  7. 1 bilik guru
  8. 1 bilik pemulihan
  9. 1 bilik bimbingan dan kaunseling
  10. 1 pusat sumber sekolah

Read more...

Profil

Kod Sekolah
kba2027

Lencana Sekolah

Motto Sekolah
"Ilmu dan Hidayah Penyuluh Hidup"

Misi Sekolah
"Meningkatkan Kecemerlangan"

Visi Sekolah
"Sederap Melangkah Ke Hadapan Menjana Kecemerlangan"

Piagam Sekolah
Kami warga Sekolah Kebangsaan Jabi dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
  1. Menguruskan kerja dengan cekap dan bijaksana
  2. Menyediakan staf yang mencukupi dan berdikari, komited dan bertanggungjawab
  3. Menyediakan kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian yang ditetapkan selaras dengan hasrat melahirkan masyarakat yang penyayang
  4. Memastikan sekolah sentiasa peka dan respontif kepada kehendak pelanggan
  5. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak, mempertingkatkan perkhidmatan dan kecemerlangan akademik
  6. Berusaha menjadikan sekolah sebagai tempat yang selesa dan selamat untuk semua warga pendidikan
  7. Memastikan semua murid mendapat kemudahan belajar yang sewajarnya
  8. Memastikan sistem pendidikan di sekolah berjalan dengan lancar memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara
  9. Menentukan sekolah dapat melahirkan pelajar berpendidikan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek setelah tamat persekolahan

Read more...

Enrolmen Murid

Read more...

Enrolmen Guru

Read more...

Carta Organisasi Pentadbiran SK Jabi 2009

Puan Hajjah Rosani Bt Haji Besar
Guru Besar

Puan Rahani Binti Mansor
Penolong Kanan Pentanbiran

Puan Rohana Binti Luxamana
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Che Hassim Bin Hanafi
Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Hamidah Binti Ahmad
Penyelia Petang

Read more...

Sejarah & Latar Belakang


Sekolah Kebangsaan Jabi terletak di atas lot tanah nombor 781 dan 1690 dengan keluasan 4 relung 392 jemba dalam mukim Jabi, daerah Pokok Sena. Nama Jabi diambil sempena nama sejenis tumbuhan yang hidup meliar di kawasan ini.

Sejarah Sekolah Kebangsaan Jabi bermula pada tahun 1909 dengan pembinaan sebuah bangunan yang beratapkan rumbia, berdinding buluh dan berlantaikan tanah di tapak kafeteria yang ada sekarang. Dahulunya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Melayu Jabi yang kemudiaannya ditukar nama kepada Sekolah Umum Jabi. Selepas negara mencapai kemerdekaan sehingga ke hari ini sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Jabi.

Pada tahun 1918 sebuah bangunan dua tingkat telah dibina (PWD 554). Bangunan ini telah mengalami proses pengubahsuaian sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1984 dan 1994. Pengubahsuaian kali kedua adalah untuk membina asrama desa yang menempatkan sebahagian besar murid-murid cacat penglihatan.

Pada tahun 1960 dua buah bangunan setingkat (JKR 1725 dan JKR 3680) telah dibina dan diubahsuai pada tahun 2005.

Pada tahun 1973 sebuah bangunan akademik tiga tingkat (JKR 3710) yang menempatkan bilik darjah, pejabat dan bilik pelbagai guna telah dibina. Sebuah kantin (JKR 3711) yang lengkap juga telah dibina pada tahun yang sama.

Pada awal tahun 1980 sebahagian tapak sekolah ini telah diambil sementara oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kedah untuk dibina sekolah pendidikan khas. Namun begitu pada tahun 1996 sekolah ini telah berpindah ke tapak baru di Kuala Alor, bersebelahan dengan SK Seri Taman.

Selang dua tahun kemudian, Program Integrasi Masalah Pertuturan (Pekak dan Bisu) daripada SMK Syed Mohd Al Bukhary telah menumpang di sini sehingga 2006 apabila mereka telah berpindah ke Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium, Alor Setar.

Bermula pada tahun 2007 hingga sekarang, kerja-kerja pembinaan bangunan-bangunan dan prasarana baru sedang giat dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2009.

Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP